IPOH:Seorang pemotong rumput didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas dua tuduhan menghalang dan mencederakan seorang penjawat awam di Buntong, Ipoh pada Selasa.
P. Subramaniam, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa dengan sengaja menghalang Sarjan Mohd Zainudin Mohd Jidin apabila enggan menunjukkan kad pengenalan ketika diminta berbuat demikian.
Dia turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis berkenaan dengan memukul kepalanya menggunakan topi keledar iaitu alat yang jika digunakan untuk menyerang, boleh menyebabkan kematian.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di kawasan Jalan Sungai Pari, berdekatan Flat Harmoni, Buntong, kira-kira jam 3.15 petang, 12 Januari lalu.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Bagi tuduhan kedua pula, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua dari hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua tuduhan dan menetapkan 18 Februari untuk tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.
Terdahulu, Ranjit memberitahu mahkamah anak guamnya akan membuat laporan polis kerana mendakwa ketika kejadian, anggota polis berkenaan tidak memakai uniform dan tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 15 2021
Pemotong rumput, P. Subramaniam didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas tuduhan menghalang dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Pemotong rumput terkejut jumpa mayat dalam longkang
Saksi Muhammad Musaha, 35, berkata, ketika itu dia melakukan kerja-kerja memotong rumput.
Bomoh tidak wujud: Pemotong rumput didakwa perdaya wanita hampir RM96,000
Mohamad Aizat Ahmad, 24, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam prosiding di dua mahkamah berasingan.
Pemotong rumput maut: Pelajar sekolah pandu MPV dibebas dengan jaminan polis
Polis telah merekod keterangan daripada pelajar terbabit dan penjaganya turut dipanggil bagi membantu siasatan.
Pemotong rumput maut, rakannya parah dirempuh kereta terbabas
Seorang pemotong rumput maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika melakukan kerja penyelenggaraan.
Suspek conteng dinding bangunan awam direman tiga hari
Hasil maklumat awam, suspek ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan pada 3.45 petang semalam di rumahnya di Taman Sungai Mas.
Pemotong rumput didakwa halang, cederakan anggota polis dengan topi keledar
Subramaniam bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Pemotong rumput dituduh rogol kanak-kanak, laku amang seksual terhadap adik mangsa
Dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Pemotong rumput terkejut, temui bom lama berhampiran hotel
Seorang pemotong rumput terkejut selepas menemui satu objek disyaki bom lama berhampiran sebuah hotel di Kuala Nerus.
Maut terkena bilah mesin rumput: Pihak kontraktor, pengurusan cuai - Mahdzir
Wujud unsur kecuaian berhubung insiden pelajar maut terkena bilah mesin pemotong rumput di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas pada 13 Februari lalu.
'Bunyi kuat macam roket', mangsa imbas kejadian 'bilah terbang'
Remaja lelaki 13 tahun yang cedera di bahagian belakang kepala itu mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut.